-->

Hidup Remaja Penuh Cinta

A guy and a girl can just be friend friend . but at one point or another . they will fall each other . Maybe temporarily . maybe at the wrong time . maybe too late .. or maybe forever.



Monday, 13 August 2012

CARA LELAKI MENGUJI WANITA


1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Anda gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Anda lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.


3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.


4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:

Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

written by Yana Latif on that time 05:02
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: saya dalam hati awak

0 potpet:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

GETTING TO KNOW ME


thanks for the visiter

free counter

Blog Archive

  • ▼  2012 (9)
    • ▼  August (2)
      • Hidup Remaja Penuh Cinta: CARA LELAKI MENGUJI WANITA
      • CARA LELAKI MENGUJI WANITA
    • ►  July (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)

DO ADD DO POTPET

Nurul Fazlynna

Create Your Badge

Tips mahu bercinta didalam Alam maya . [ facebook, twitter , myspace , ]

1--> JANGAN DEDAHKAN KISAH HIDUP !
Awal perkenalan , jgn berceloteh panjang , esei berjela-jela .
cukup dengan memberitahu . nama . umur , sekolah , tempat tinggal . Jangan sesekali memberi number telefon anda pada dia kerana anda masih belum tahu status nya ,

2--> BELEK-BELEK PROFIL SI DIA ^____^
Jika anda perasan statusnya "in relationship with"
lupakan saja , walaupun dia baik terhadap anda , takkan anda mahu hancurkan hubungan nya ? tentu tidak . Jadi jalan terbaik senyap dahulu dari pada terus menerus melayan dengan si dia untuk mengelakkan anda sakit . manalah tahu selepas anda rapat dengannya , secara tibatiba dia bercerita tentang masalh dia dan kekasihnya dan meminta pandangan anda untuk menolongnya . Tidak kah haru-biru nanti ?

3-->LIHAT CARA DIA MEMBALAS CHAT ANDA .
Jika dia membalas dengan penuh sopan dan hormat terhadap anda , haruslah anda melayan dia dengan baik juga . Tetapi jangan sesekali melayan sebarang perbualan berbaur lucah ! Ingat lelaki suka menguji wanita ! Seandainya dia semakin galak bercerita tentang seks , hentikan saja persahabatan anda dan sidia . Tak perlu rasa terkilan atau ralat kerana baru awal perkenalan dia sudah menunjukkan belang .

4-->JANGAN TANYA SOALAN YANG SAMA SETIAP KALI BERCHATTING .
hah ! ni pun satu penyakit juga ! memang ada lelaki atau perepuan yang gila atau obses berchatting atau beremel dengan rakan siber , kesan buruknya , orang seperti ini akan mudah terlupa nama rakan atau tersasul ketika menaip . bukankah ini memalukan ? lelaki hidung belang selalunya akan mengalami masalh begini . jika anda terjumpa rakan siber mcm ni . ELAKKAN DARI TERUS BERCHATTING DENGANNYA !
Picture Window theme. Powered by Blogger.