1--> JANGAN DEDAHKAN KISAH HIDUP !
Awal perkenalan , jgn berceloteh panjang , esei berjela-jela .
cukup dengan memberitahu . nama . umur , sekolah , tempat tinggal . Jangan sesekali memberi number telefon anda pada dia kerana anda masih belum tahu status nya , dan belum tahu lagi asal usul sidia .
2--> BELEK-BELEK PROFIL SI DIA ^____^
Jika anda perasan statusnya "in relationship with , married with , complicated with"
lupakan saja , walaupun dia baik terhadap anda , takkan anda mahu hancurkan hubungan nya ? tentu tidak . Jadi jalan terbaik senyap dahulu dari pada terus menerus melayan dengan si dia untuk mengelakkan anda sakit . manalah tahu selepas anda rapat dengannya , secara tibatiba dia bercerita tentang masalh dia dan kekasihnya dan meminta pandangan anda untuk menolongnya . Tidak kah haru-biru nanti ? hati siapa akan terluka ?
3-->LIHAT CARA DIA MEMBALAS CHAT ANDA .
Jika dia membalas dengan penuh sopan dan hormat terhadap anda , haruslah anda melayan dia dengan baik juga . Tetapi jangan sesekali melayan sebarang perbualan berbaur lucah ! Ingat lelaki suka menguji wanita ! Seandainya dia semakin galak bercerita tentang seks , hentikan saja persahabatan anda dan sidia . Tak perlu rasa terkilan atau ralat kerana baru awal perkenalan dia sudah menunjukkan belang .
4-->JANGAN TANYA SOALAN YANG SAMA SETIAP KALI BERCHATTING .
hah ! ni pun satu penyakit juga ! memang ada lelaki atau perepuan yang gila atau obses berchatting atau beremel dengan rakan siber , kesan buruknya , orang seperti ini akan mudah terlupa nama rakan atau tersasul ketika menaip . bukankah ini memalukan ? lelaki hidung belang selalunya akan mengalami masalh begini . jika anda terjumpa rakan siber mcm ni . ELAKKAN DARI TERUS BERCHATTING DENGANNYA !
0 potpet:
Post a Comment