-->

Hidup Remaja Penuh Cinta

A guy and a girl can just be friend friend . but at one point or another . they will fall each other . Maybe temporarily . maybe at the wrong time . maybe too late .. or maybe forever.



Saturday, 4 February 2012

LELAKI ALERGI BILA PEREMPUAN ...


10. BERPURA -PURA . 
Memang tidak salah untuk anda menukar imej , katakan lah anda seorang yang lasak dan menyedari imej tersebut tidak sesuai untuk memikat jejaka idaman dan mempunyai keinginan mahu menukarnya ke imej lebih ayu . Namun jgn berpura-pura . Dihadapannya anda berjalan terkepit-kepit tunduk malu , bercakap pun berbisik-bisik , apabila tergelak tutup mulut guna tangan ! Kalau di hati mahu menjadi anak dara , bukan itu caranya .
just be yourself and no need to copy other . tak guna anda bersandiwara menggunakan orang lain sebagai imej tebaru anda , lama -lama dia akn tahu juga . 

9.MENGKRITIK PEREMPUAN LAIN
ini juga satu penyakit . jumpa sahaja perempuan yang menyakitkan mata , mula lah mukddimah dan ceramahnya untuk damn kan si 'perempuan' tu .memang sejak azali perempuan memang tak pernah penat mencari bahan untuk manjadi buah mulutnya ketika masa lapang . dan lelaki cukup meluat bila anda mengumpat orang lain sebegitu rupa . hishh .ingat itu , apa yang terkeluar di mulut anda . itu yang bakal dia describe kan anda .

8.CEMBURU 
ini salah satu virus yang paling populer di kalangan wanita , tak tahu lah apa yang mahu dia cemburukan . nak dikatakan perhatian tidak cukup , si kekasih bersengkang mata berdengung telinga teman anda bercakap di talifon sampai dua tiga pagi . Dia baru bercakap dengan kawan sepjabatnya , anda sudah bermasam muka , telinga merah , nak mengamuk bagai . kemudian bergaduh dan mintak pujuk . TIDAKKAH ITU MELETIHKAN BAGI KAUM ADAM ?

7.MINTA DIMANJA .
manja orang perempuan adakala memang melampui budak tadika yang merengek mahukan gula , si kekasih terpaksa jua turutkan walau tidak sanggup . Namun jauh di sudut hati perempuan , memang mereka mahu dimanja lebih-lebih lagi ketika dia mengalami tekanan kerja dan meminta di beri perhatian dan di manja  . sayangnya tidak semua lelaki memhami maksud tersirat disetiap perbuatan perempuan , jika keluar dari mulut perempuan itu mahu beristirehat , yang mereka faham .. tak mahu diganggu , namun sebaliknya , dia mahu kekasihnya membawa dia ke spa untuk beristirehat . 

6.BAHASA @ KOD ISYARAT . 
perempuan memang cukup arif dengn semua ini , samaada mahu berkata hal yang sulit mahupun hal yang open . dan lelaki cukup letih dengan semua ini . sudah ada bahasa yang boleh diguna mengapa mahu guna bahasa isyarat yang tidak pasti maksudnya , itu fikir mereka , ada masa tidak perlulah anda terkenyit-kenyit mata , terherot mulut , terbeliak mata mahu menyampaikan sesuatu kepada rakan anda dan pamirkan semua itu didepannya , tentu akan menimbulkan cuak dihatinya jika begitu . 

5.HORMATI SI DIA 
biar pun sidia kekasih anda dan sudah berjanji "SEHATI SEJIWA , SEOTAK SEGILA , HANTARAN BULAN DAN BINTANG" sekali pun , dia masuh belum milik anda dan anda harus menghormatinya , lelaki lebih menghargai anda jika anda menghormatinya dalam setiap perkara dan tidak mempamirkan muka hodoh anda ketika si dia membuat sesuatu keputusan . jika sebelum kahwin anda sudah membuat perangai , dia tidak akan teragak-agak membuat keputusan untuk meninggalkan anda kerana sudah terfikir apa bakal terjadi jika selepas mendirikan rumah tangga . 

4.JANGAN TERLALU BEREMOSI .
perempuan dan airmata sukar dipisahkan , ada saja perkara yang mahu di petikaikan dan mahu menjemput air mata ke pipi anda . jangan lah anda menghentak kaki , menghempas gelas meninggalkan si dia terpinga-pinga , HELO CIK KAK. INI MALAYSIA . 
ini bukan negara barat dimana lelakinya pandai memujuk . jika anda impikan hubngan ala-ala hindustan dan mahunya memujuk anda dengan berlari sekeliling kota untuk mencari anda semata-mata mahu memujuk anda . memang anda bermimpi di siang hari lah . lelaki bukan kuli anda untuk menurut semua yang anda mahu . 

3.SHOPPING !
baru minggu lepas ketika keluar dengan nya anda membeli sepasang kasut dan ketika keluar dengan nya kali ini anda mengidamkan sebuah tas tangan baru . alahai perempuan , anda tidak terfikirkah dimana si dia mahu menggapai duit mahu membeli makanan ketika tengah bulan nanti ? dia bukan suami anda mahu membeli semua keperluan anda . 

2.ASYIK MAHU BERSAMA .
lelaki agak berbeza dengan perempuan . biarpun suka dan sayang melampau dia tidak akan selalu on the phone untuk bercakap dengan anda , masih banyak perkara dia boleh buat . lagi jarang bertemu lagi bagus baginya , barulah ada kerinduan datang bertandang katanya . 
manakala si perempuan , sudah bermasam muka , memuncung bibir yang boleh sangkut 10 hanger . tidakkah anda bosan melihat mukanya tiap hari dan setiap jam bertemu sampai si dia boleh mengira berapa jerawat yang ada dimuka anda !

1.DAYA SEKSUAL SEBAGAI SENJATA .
hah ! ini penyakit paling kronik . jangan salah faham , lelaki memang mudah teransang namun ini bukan satu peluang untuk anda mengumpannya untuk mendapatkan sesuatu , tidakkah keji perbuatan itu ?? samalah seperti anda menjanjikan 'ringan-ringan' dengannya selepas si dia membelikan anda sebuah tas tangan dan gincu baru . jika anda masih baru dalam hubungan . tidak mustahil si dia akan memikirkan , anda seorang yang sudah terbiase menggunakan taktik begitu dan tidak akan teragak-agak mengambil kesempatan keatas anda . HARUSLAH ELAKKANNYA WAHAI KAUM HAWA . :) .
written by Yana Latif on that time 09:33
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 potpet:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

GETTING TO KNOW ME


thanks for the visiter

free counter

Blog Archive

  • ▼  2012 (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  March (1)
    • ▼  February (2)
      • BERCINTA ALAM MAYA :D
      • LELAKI ALERGI BILA PEREMPUAN ...
    • ►  January (3)

DO ADD DO POTPET

Nurul Fazlynna

Create Your Badge

Tips mahu bercinta didalam Alam maya . [ facebook, twitter , myspace , ]

1--> JANGAN DEDAHKAN KISAH HIDUP !
Awal perkenalan , jgn berceloteh panjang , esei berjela-jela .
cukup dengan memberitahu . nama . umur , sekolah , tempat tinggal . Jangan sesekali memberi number telefon anda pada dia kerana anda masih belum tahu status nya ,

2--> BELEK-BELEK PROFIL SI DIA ^____^
Jika anda perasan statusnya "in relationship with"
lupakan saja , walaupun dia baik terhadap anda , takkan anda mahu hancurkan hubungan nya ? tentu tidak . Jadi jalan terbaik senyap dahulu dari pada terus menerus melayan dengan si dia untuk mengelakkan anda sakit . manalah tahu selepas anda rapat dengannya , secara tibatiba dia bercerita tentang masalh dia dan kekasihnya dan meminta pandangan anda untuk menolongnya . Tidak kah haru-biru nanti ?

3-->LIHAT CARA DIA MEMBALAS CHAT ANDA .
Jika dia membalas dengan penuh sopan dan hormat terhadap anda , haruslah anda melayan dia dengan baik juga . Tetapi jangan sesekali melayan sebarang perbualan berbaur lucah ! Ingat lelaki suka menguji wanita ! Seandainya dia semakin galak bercerita tentang seks , hentikan saja persahabatan anda dan sidia . Tak perlu rasa terkilan atau ralat kerana baru awal perkenalan dia sudah menunjukkan belang .

4-->JANGAN TANYA SOALAN YANG SAMA SETIAP KALI BERCHATTING .
hah ! ni pun satu penyakit juga ! memang ada lelaki atau perepuan yang gila atau obses berchatting atau beremel dengan rakan siber , kesan buruknya , orang seperti ini akan mudah terlupa nama rakan atau tersasul ketika menaip . bukankah ini memalukan ? lelaki hidung belang selalunya akan mengalami masalh begini . jika anda terjumpa rakan siber mcm ni . ELAKKAN DARI TERUS BERCHATTING DENGANNYA !
Picture Window theme. Powered by Blogger.